Semester 3 2012/2013 vs Cuti Akhir Sesi 2012/2013

by 13:10 0 comments
Assalaualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni hari terakhir peperiksaan di Universiti Malaya. Kalau universiti lain lebih kurang la kan? UiTM lambat start exam, so labat la habis. Sapa start awal, habis awal. Bagi student degree la. Sebelum meneruskan bacaan, cuba jawab soalan ni:

"Apakah kejayaan bagi anda?"

Minggu peperiksaan menyebabkan sesetengah dari kita jadi orang lain. Orang lain bermaksud orang yang berubah sedikit dari yang asal. Bagus kalau perubahan ni ke arah sesuatu yang lebih baik, tapi kurang eloklah kalau jadi kureeng sikit kan?

Peperiksaan boleh bagi macam- macam maksud kat kita. Ada yang buat hanyalah sebagai satu titik persinggahan. Ada yang buat macam antara hidup dan mati. Tapi apa yang penting adalah niat. Biarlah kita buat ni hanyalah kerana Allah. 

Bila kita buat sesuatu kerja kerana Allah, kita pasti mudah untuk melakukan kerja tersebut. Mudah untuk bersyukur, mudah untuk bersabar jika masih belum mencapai sasaran dan mudah juga untuk meneruskan amal yang baik di sebalik pelbagai cabaran yang datang.

Habisnya exam membuatkan aku terfikir, apa yang ingin aku capai? Apa yang nak aku buat? Apa- dan apa.. Mestilah jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Dua tiga menjak ni sempat la baca beberapa buah buku pasal apa yang boleh dibuat kat dunia yang fana ni.

Hidup sebagai insan sememangnya tugas utama dan aula ialah beribadah. Walaubagaimapun, bagaimanakah ibadah itu dilaksanakan? Adakah hanya duduk di atas sejadah dan bermunajat kepada Allah? Tentulah tidak bukan? Setiap apa yang kita buat pasti menjadi ibadah jika kena pada syaratnya.

Apakah yang memotivasikan kita untuk melakukan sesuatu? Mengapakah aku masih lagi menaip entri ni dan mengapakah anda, selaku pembaca masih lagi mahu membaca? Pasti ada sesuatu yang menyebabkan kita melabur masa kita untuk melakukan sesuatu yang kita mahu buat sekarang ni.

Asking why makes us better living creatures.
Motivasi tersebut pasti datang dari persoalan kenapa. Kenapa kita buat ini dan itu? Mungkin kita tidak mahukan sesuatu daripada apa yang kita buat sekarang atau sesuatu yang kita panggil ikhlas. Ikhlas adalah satu motivasi yang utuh dan kuat. Biar apa sahaja jawapan kepada persoalan "kenapa" kita tadi, tapi percayalah jika akhirnya kita sampai kepada konsep ikhlas, itulah kebahagian dan keseronokan sebenar.

Keseronokan ini bermaksud kita tidak mengharapkan dunia ini semata. Dunia adalah persinggahan. Akhirat adalah tempat tujuan kita. Setiap yang berlaku adalah satu ujian. Setiap peberian, anugerah, musibah; semuannya adalah ujian dari Allah. Kejayaan hakiki adalah mendapat keredhaan Allah.

Untuk mencapai kejayaan hakiki ini, kita perlukan perancangan. Adakah kita mahu masuk ke dewan peperiksaan tanpa ada perancangan walau sedikit pun? Pasti tidak bukan? Tanpa perancangan kita sebenarnya merancang untuk gagal.

Kejayaan boleh didefinasikan dengan pelbagai maksud. Setiap orang ada definasi sendiri. Sekarang, kembali kepada soalah saya tadi, masihkah sama? Saya tidak mengatakan jika tidak sama dengan apa yang saya sampaikan, anda salah. Saya juga adalah insan biasa dan tidak sempurna. 

Jadi, rancanglah sekarang. 
#thinking, planning for the future#

Short term: 
Apa nak buat cuti ni?
Apa yang aku nak capai?
Apa aku nak buat sem depan (kalau still study lah ye).

Long Term:
....
(fill up yourself)

For each statement, don't forget to ask yourself, "why". 

Ok, good luck atas setiap apa yang anda telah rancang. Semoga kita akan diberkati Allah hendaknya.
Wassalam.

LDOE by Wachacha

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment