Showing posts with label UM. Show all posts
Showing posts with label UM. Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat itu ada dua, pertama apabila kita mendapat nikmat itu sendiri dan keduanya ialah apabila kita bersyukur atas nikmat tersebut. Yakinlah bahawa apabila kita bersyukur atas nikmat yang diterima, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita, sama ada serupa dengannya atau bentuk lain yang lebih baik.

Berkata mengenai nikmat, alhamdulillah 23 & 24 November 2013, kami telah mewakili KK12 aka Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah dalam acara boling padang Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM) 2013. Lebih manis lagi apabila usaha kami mempersiap pasukan untuk menyertai kejohanan ini terbalas dengan kejayaan yang agak memberangsangkan. EMAS bagi pasukan lelaki dan PERAK bagi pasukan wanita, adalah satu kejayaan besar apatah lagi emas bagi pasukan lelaki merupakan EMAS PERTAMA bagi KK12 dalam SUKMUM edisi 2013 ini. 

Before we start the game~
Kejayaan mendapat johan keseluruhan bagi acara lelaki adalah dari pencapaian 2 emas bagi acara PAIRS (Hazeem & Fadhil) dan TRIPLES (Hadi, Zaid & Shamsul) serta perak bagi acara FOURS (Zaid, Zakwan, Shamsul, & Fadhil). SINGLES (Hazeem) hanya meraih tempat keempat. Bagi wanita, kejayaan merangkul naib johan keseluruhan adalah hasil pencapaian 2 emas dan 1 gangsa. 2 emas telah disumbangkan dalam acara SINGLES (Fatihah) dan PAIRS (Aina & Fatihah) dan gangsa pula disumbangkan melalui acara FOURS (Iena, Amni, Hana & Aimi). Pasukan TRIPLES  (Amni. Hana, & Aimi) tewas di suku akhir.

Pencapaian pasukan lelaki ini amat membanggakan apabila akhirnya, usaha memperkuat pasukan boling padang lelaki 2-3 tahun ini berjaya membuahkan hasil. Tahun lepas, dua acara ke final tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak. 2011, hanya gangsa yang diperoleh. Bagi pasukan wanita pula, walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut (2011&2012), perlu diingatkan bahawa kesemua ahli pasukan merupakan pelajar tahun pertama dan masih lagi baru dalam sukan ini. Mereka hanya mula memegang bowls (bola) dan belajar bermain pada September, bermakna kurang dari 2 bulan sahaja sebelum SUKMUM berlangsung. Teruskan rentak dan momentum ini pada tahun- tahun akan datang!

Kejayaan ini tidak datang bergolek, malah hasil usaha ramai pihak sejak tamat SUKMUM 2012 lagi. Usaha membangunkan sukan boling padang di KK12 dengan matlamat pencapaian akan datang adalah lebih baik dari sekarang. Walaupun hanya SUKMUM yang menjadi KPI kami, ini tidak menghalang kami untuk meneruskan dan meningkatkan skil kami untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi. Di mana ada peluang dan ruang, segera digapai agar tidak terbang begitu sahaja.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam persiapan menghadapi SUKMUM kali ini. Bermula dari atlet- atlet yang bertanding, memerah keringat bermula dari sesi pengenalan semasa MHS tempoh hari lagi. Juga kepada ahli boling padang KK12 yang sekarang sudah menjadi keluarga besar (>50 orang ahli) termasuk bekas pelajar yang memberi sokongan moral mahupun ilmu kepada kami secara jarak jauh mahupun hadir sekali ke padang semasa latihan & game(Rean, Seha, Wana). Jurulatih, abang Din, staf-staf KK12 especially abang Epul, staf-staf UM, akak2, abang2, penyelia kolej (esp Kak Yat, Pn Saba), AJK kelab boling padang, AJK SUKMUM dsb.. semua sekalilah. Terima kasih diucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua.

Gaya macam dah nak habis sesi dah, padahal lama lagi nak habis hahaha.. keep up the good work guys.. teruskan untuk tingkatkan skil masing-masing, jangan berhenti setakat ni je. Next: PAIRS TERTUTUP UM (7 Dec 2013). Harap korang dapat join~ Wassalam.

Pasukan Boling Padang Lelaki KK12. Alhamdulillah, emas pertama KK12 SUKMUM 2013.. woot~
Pasukan wanita anggun. eh 
Pasukan jejaka kacak. ehem.

Go Twelfth! #ROAR #Royal


Assalamualaikum.



Just nak share kalau sesiapa student JPA, UM yang nak buat tuntutan elaun untuk latihan industri (atau LI atau intership dan sewaktu dengannya). 

Borang boleh didapatkan di pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kompleks Perdanasiswa. Tapi, kalau malas nak pegi, nah aku bagi free2 je kat sini.


Ok, that's all.
Assalaualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni hari terakhir peperiksaan di Universiti Malaya. Kalau universiti lain lebih kurang la kan? UiTM lambat start exam, so labat la habis. Sapa start awal, habis awal. Bagi student degree la. Sebelum meneruskan bacaan, cuba jawab soalan ni:

"Apakah kejayaan bagi anda?"

Minggu peperiksaan menyebabkan sesetengah dari kita jadi orang lain. Orang lain bermaksud orang yang berubah sedikit dari yang asal. Bagus kalau perubahan ni ke arah sesuatu yang lebih baik, tapi kurang eloklah kalau jadi kureeng sikit kan?

Peperiksaan boleh bagi macam- macam maksud kat kita. Ada yang buat hanyalah sebagai satu titik persinggahan. Ada yang buat macam antara hidup dan mati. Tapi apa yang penting adalah niat. Biarlah kita buat ni hanyalah kerana Allah. 

Bila kita buat sesuatu kerja kerana Allah, kita pasti mudah untuk melakukan kerja tersebut. Mudah untuk bersyukur, mudah untuk bersabar jika masih belum mencapai sasaran dan mudah juga untuk meneruskan amal yang baik di sebalik pelbagai cabaran yang datang.

Habisnya exam membuatkan aku terfikir, apa yang ingin aku capai? Apa yang nak aku buat? Apa- dan apa.. Mestilah jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Dua tiga menjak ni sempat la baca beberapa buah buku pasal apa yang boleh dibuat kat dunia yang fana ni.

Hidup sebagai insan sememangnya tugas utama dan aula ialah beribadah. Walaubagaimapun, bagaimanakah ibadah itu dilaksanakan? Adakah hanya duduk di atas sejadah dan bermunajat kepada Allah? Tentulah tidak bukan? Setiap apa yang kita buat pasti menjadi ibadah jika kena pada syaratnya.

Apakah yang memotivasikan kita untuk melakukan sesuatu? Mengapakah aku masih lagi menaip entri ni dan mengapakah anda, selaku pembaca masih lagi mahu membaca? Pasti ada sesuatu yang menyebabkan kita melabur masa kita untuk melakukan sesuatu yang kita mahu buat sekarang ni.

Asking why makes us better living creatures.
Motivasi tersebut pasti datang dari persoalan kenapa. Kenapa kita buat ini dan itu? Mungkin kita tidak mahukan sesuatu daripada apa yang kita buat sekarang atau sesuatu yang kita panggil ikhlas. Ikhlas adalah satu motivasi yang utuh dan kuat. Biar apa sahaja jawapan kepada persoalan "kenapa" kita tadi, tapi percayalah jika akhirnya kita sampai kepada konsep ikhlas, itulah kebahagian dan keseronokan sebenar.

Keseronokan ini bermaksud kita tidak mengharapkan dunia ini semata. Dunia adalah persinggahan. Akhirat adalah tempat tujuan kita. Setiap yang berlaku adalah satu ujian. Setiap peberian, anugerah, musibah; semuannya adalah ujian dari Allah. Kejayaan hakiki adalah mendapat keredhaan Allah.

Untuk mencapai kejayaan hakiki ini, kita perlukan perancangan. Adakah kita mahu masuk ke dewan peperiksaan tanpa ada perancangan walau sedikit pun? Pasti tidak bukan? Tanpa perancangan kita sebenarnya merancang untuk gagal.

Kejayaan boleh didefinasikan dengan pelbagai maksud. Setiap orang ada definasi sendiri. Sekarang, kembali kepada soalah saya tadi, masihkah sama? Saya tidak mengatakan jika tidak sama dengan apa yang saya sampaikan, anda salah. Saya juga adalah insan biasa dan tidak sempurna. 

Jadi, rancanglah sekarang. 
#thinking, planning for the future#

Short term: 
Apa nak buat cuti ni?
Apa yang aku nak capai?
Apa aku nak buat sem depan (kalau still study lah ye).

Long Term:
....
(fill up yourself)

For each statement, don't forget to ask yourself, "why". 

Ok, good luck atas setiap apa yang anda telah rancang. Semoga kita akan diberkati Allah hendaknya.
Wassalam.
Assalamualaikum.

Pengesahan kolej kediaman bagi permohonan telah dibuka. Sesiapa yang telah lulus permohonan boleh pilih untuk terima atau tolak. Bagi sesiapa yang mahu tinggal di kolej kediaman tetapi tidak lulus permohonan, atau tidak sempat memohon semasa tarikh permohonan dibuat, bolehlah teruskan proses permohonan (rayuan). 

Loadingggg~ Lepas accepted terus keluar yuran -,-
Tapi untuk pendaftaran semester khas masih tak lepas lagi (for me la). Sesiapa yang boleh akses atau tidak boleh bagitahu la ye. register.um.edu.my.

Tu je, now prepare next paper - V I R O L O G Y .. gulp
Bismillah. Assalamualaikum wbt. Disebabkan dapat info kene dah boleh daftar untuk LI, so excited (kononnya) untuk mendaftar. Tetapi ke"excited"an itu tidak dapat diteruskan kerana sebab- sebab tertentu. Di sini beberapa point untuk pendaftaran LI. But also important point for those yang berminat nak ambil subjek time special sem.

Rasanya semua dah settle untuk penempatan kan? Sekarang fasa yang ke ... (entah la). Tapi yang penting, fasa pendaftaran. I repeat, REGISTRATION PHASE. sesedap je bagi nama lol

Yang saya faham sekarang, ada dua tempat untuk mendaftar. myUM & register.um.my.


  1. myUM - CItRa & lecturer [we being informed that we can register through here but the system is still closed]. CItRa also don't reply the post by student on their facebook page.
  2. register.um.my - and also note that we have been informed for the course registration in the special sem will start on 17/06/2013, Monday; through siswamail (SKR). 


Copy & Paste from here.

"COURSE REGISTRATION PROCEDURE FOR SPECIAL SEMESTER, 2012/2013 SESSION
REGISTRATION SCHEDULE
(1)    ONLINE REGISTRATION (17 JUNE 2013 – 23 JUNE 2013) 

       (i)     At any location with internet access

       (ii)    Categories of students who are allowed to register
       (iii)   Limit for credit hours   
                a.  Minimum  -  No minimum limit
                b.  Maximum -  9 Credit Hours
       (iv)   Flow chart
(3)    ADD AND DROP COURSES (1 JULY 2013 – 7 JULY 2013) 

       (i)    Flow chart

(4)    VERIFICATION (9 JULY 2013 – 11 JULY 2013) 

       (i)   Information and important notice
       (ii)  Flow chart
(5)    PROCEDURE IF YOU HAVE FORGOTTEN YOUR PASSWORD
       (i)   Please visit http://siswa.um.edu.my and click 'Forgot Password'       (ii)  Please contact ARS Tel: 03-79673440/3441/3502

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"

Basically kalau ikut register.um.edu.my:
17-23 Jun 2013 : Daftar
1-7 Julai 2013 : Add & drop
9-11 Julai 2013 : Verification

nak promote sikit;
Homepage CItRa. Ade berita pasal program Panasonic tu la hihi


Ok, wassalam.

Settle dua paper, 4 papers to go. Go go go!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

=**=EXAM=**=

blogwachacha ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua yang akan (mahupun sedang) menghadapi peperiksaan pada minggu ini.

Semoga berjaya! Usaha Doa Tawakal. InsyaAllah, selamat dunia akhirat. 파이팅!! wah korea gitu

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon beribu keampunan jika ada salah dan silap saya sepanjang pengenalan kita. Apa yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diri saya.

pss Ramadhan lagi sebulan, jom siapkan diri. Sambil- sambil sibuk dengan exam etc, jgn lupa Ramadhan tu ye..
Wassalam.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

So, hari ni Jumaat, 31 Mei 2013. Hari terakhir dalam Minggu ke-14 sem ni. Rasanya memang sesuai untuk ingatkan diri sendiri dan semua tentang beberapa perkara terutama bagi pelajar- pelajar UM atau mana- mana yang sesuai.

-Selamat maju jaya dari blogwachaca.blogspot.com-

Minggu terakhir Sem 2 (2012/2013)

Selesaikan perkara yang belum diselesaikan.

  • Assignment matter. Even kalau kene hantar minggu peperiksaan, kalau boleh siapkan awal.
  • Subjects matter. Kalau ada kene jumpa lecturer selesaikan masalah berkaitan subjek selesaikan awal- awal.
  • Internship matter. Sesiapa yang akan ada latihan industri (LI) dan belum selesai, selesaikan segera.
  • Yuran pengajian, yuran kolej dan semacam lagi yuran sem ni.

Minggu peperiksaan

Lagi seminggu peperiksaan. 

  • Slip peperiksaan dah print?
  • Make sure detail setiap kertas (tarikh, masa, tempat, barang perlu bawa dsb). 
  • Alat tulis- beli baru. lagi- lagi kalau baru hilang, err
  • Fail setiap subjek updated- nak revise kot, especially yang baru nak start. #ehh

Lain- lain

Minggu terakhir ni sangat sesuai untuk REFRESH apa yang berlaku sem ni. Terfikir gak nak buat satu post review sem ni dalam masa terdekat. Nantikan link tersebut ya. DAN sangat sesuai untuk REVIEW apa yang dah dibuat sem ni, either baik atau buruk. Apa bezanya? Refresh nak ingat "hotspot" yang maybe kita akan ingat sampai bila- bila. Review nak tengok bagaimana performance kita, good or bad. Also to compare whether what we did along the sem is better or worse compared to before. Last one is to PLAN the next activity. Why not? Lepas peperiksaan ada masa cuti/ LI/ sem khas (pilih sendiri). Paling penting selepas tu ialah ada Sem 1 2013/2014. Bagi yang dah habis study tu, UNTUNGLAHHHHHHHH~ hehe. Bolehlah plan nak cari kerja ke, nak kahwin ke #ehh, nak sambung study ke (tapi kita yang belum habis study ni pun leh buat gak okayh~)

Ada point yang tertinggal yang tak dimasukkan dalam karangan pendek di atas, yang anda rasa perlu? Komen kat bawah yup~ 
Ok, see u next time. Assalamualaikum.
Assalamualaikum wbt. 



Dan saya mengajak anda sama- sama join ini program! yok yok.. ok, wassalam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

A brief response to today's event. Banyak yang boleh diperkatakan. Tapi maaf, hari selasa semakin suntuk for me, so ambil sedikit la.



Antara isu yang diketengahkan adalah supaya pelajar ingat kembali tujuan masuk universiti. Pelajar masuk universiti untuk bersedia untuk ke alam pekerjaan, walaupun tidak semua ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan dan ditanya semula ketika temu duga. Kita perlu sedar bahawa apa yang kita bawa untuk ke alam pekerjaan juga termasuk dengan apa yang kita panggil hasil dari penglibatan kita dalam dunia kokurikulum.

Tertarik dengan isu ini, ditambah dengan point tuan pengetua tentang perlunya pemikiran kritikal (critical thinking) semasa menjawab soalan temu duga, juga berdasarkan apa yang saya lalui sejak belakangan ini, saya ingin menyatakan bahawa pemikiran kritikal adalah satu keperluan. Satu keperluan yang mungkin bukan sahaja satu kehendak atau pilihan, malah ia adalah satu keperluan. Sama seperti setiap tindakan kita, pasti akan membuahkan satu efek atau kesan, tidak kira kecil atau besar.

Oleh itu rakan- rakan, penglibatan dalam aktiviti kolej adalah baik, tapi pada pendapat saya, sertailah program sebagai diri anda sendiri. Maksud saya, cuba bayangkan suatu masa nanti, ketika kita telah pun mempunyai masyarakat, mempunyai kejiranan, malah berkeluarga. Adakah kita akan terus membuat sesuatu tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling kita? Adakah kita hanya "idle" dengan hanya fokus untuk melakukan kerja kita sahaja, tanpa berfikir yang kita juga perlu menyumbang untuk masyarakat?

Kehidupan di kolej juga satu kehidupan bermasyarakat. Sumbangan kita, walaupun sikit, insyaAllah akan ada balasannya. Jika tidak di dunia, insyaAllah ada saham untuk akhirat. Sambil menyumbang tenaga, sambil belajar sesuatu. Saya suka melihat rakan- rakan (kini lebih ramai junior, ewah) yang aktif terlibat dalam aktiviti kolej. Saya percaya, dengan aktiviti ini anda akan dapat belajar sesuatu. Ia akan membuat anda berfikir bagaimana untuk selesaikan masalah, dalam sesuatu ruang lingkup. InsyaAllah, niat ikhlas, ada manfaat. Yang penting, jangan bekerja hanya melepaskan batuk di tangga :)

--------------------------------------------

Aktiviti hari ni selain perjumpaan dengan pengetua, ada gak perjumpaan dengan UMEC pasal SME-U internship. Ada la juga cakap pasal komitmen. Kelas 8-12 je. Petang fikir pasal LI placement. Tapi leh lak tertidur tadi. patut pi d'sara. erk. Last, tahniah JDT, tahniah Selangor gak walaupun kalah :p k, assalamualaikum, sambung koje..