Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts
Assalaualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni hari terakhir peperiksaan di Universiti Malaya. Kalau universiti lain lebih kurang la kan? UiTM lambat start exam, so labat la habis. Sapa start awal, habis awal. Bagi student degree la. Sebelum meneruskan bacaan, cuba jawab soalan ni:

"Apakah kejayaan bagi anda?"

Minggu peperiksaan menyebabkan sesetengah dari kita jadi orang lain. Orang lain bermaksud orang yang berubah sedikit dari yang asal. Bagus kalau perubahan ni ke arah sesuatu yang lebih baik, tapi kurang eloklah kalau jadi kureeng sikit kan?

Peperiksaan boleh bagi macam- macam maksud kat kita. Ada yang buat hanyalah sebagai satu titik persinggahan. Ada yang buat macam antara hidup dan mati. Tapi apa yang penting adalah niat. Biarlah kita buat ni hanyalah kerana Allah. 

Bila kita buat sesuatu kerja kerana Allah, kita pasti mudah untuk melakukan kerja tersebut. Mudah untuk bersyukur, mudah untuk bersabar jika masih belum mencapai sasaran dan mudah juga untuk meneruskan amal yang baik di sebalik pelbagai cabaran yang datang.

Habisnya exam membuatkan aku terfikir, apa yang ingin aku capai? Apa yang nak aku buat? Apa- dan apa.. Mestilah jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Dua tiga menjak ni sempat la baca beberapa buah buku pasal apa yang boleh dibuat kat dunia yang fana ni.

Hidup sebagai insan sememangnya tugas utama dan aula ialah beribadah. Walaubagaimapun, bagaimanakah ibadah itu dilaksanakan? Adakah hanya duduk di atas sejadah dan bermunajat kepada Allah? Tentulah tidak bukan? Setiap apa yang kita buat pasti menjadi ibadah jika kena pada syaratnya.

Apakah yang memotivasikan kita untuk melakukan sesuatu? Mengapakah aku masih lagi menaip entri ni dan mengapakah anda, selaku pembaca masih lagi mahu membaca? Pasti ada sesuatu yang menyebabkan kita melabur masa kita untuk melakukan sesuatu yang kita mahu buat sekarang ni.

Asking why makes us better living creatures.
Motivasi tersebut pasti datang dari persoalan kenapa. Kenapa kita buat ini dan itu? Mungkin kita tidak mahukan sesuatu daripada apa yang kita buat sekarang atau sesuatu yang kita panggil ikhlas. Ikhlas adalah satu motivasi yang utuh dan kuat. Biar apa sahaja jawapan kepada persoalan "kenapa" kita tadi, tapi percayalah jika akhirnya kita sampai kepada konsep ikhlas, itulah kebahagian dan keseronokan sebenar.

Keseronokan ini bermaksud kita tidak mengharapkan dunia ini semata. Dunia adalah persinggahan. Akhirat adalah tempat tujuan kita. Setiap yang berlaku adalah satu ujian. Setiap peberian, anugerah, musibah; semuannya adalah ujian dari Allah. Kejayaan hakiki adalah mendapat keredhaan Allah.

Untuk mencapai kejayaan hakiki ini, kita perlukan perancangan. Adakah kita mahu masuk ke dewan peperiksaan tanpa ada perancangan walau sedikit pun? Pasti tidak bukan? Tanpa perancangan kita sebenarnya merancang untuk gagal.

Kejayaan boleh didefinasikan dengan pelbagai maksud. Setiap orang ada definasi sendiri. Sekarang, kembali kepada soalah saya tadi, masihkah sama? Saya tidak mengatakan jika tidak sama dengan apa yang saya sampaikan, anda salah. Saya juga adalah insan biasa dan tidak sempurna. 

Jadi, rancanglah sekarang. 
#thinking, planning for the future#

Short term: 
Apa nak buat cuti ni?
Apa yang aku nak capai?
Apa aku nak buat sem depan (kalau still study lah ye).

Long Term:
....
(fill up yourself)

For each statement, don't forget to ask yourself, "why". 

Ok, good luck atas setiap apa yang anda telah rancang. Semoga kita akan diberkati Allah hendaknya.
Wassalam.
Bismillah. Assalamualaikum wbt. Disebabkan dapat info kene dah boleh daftar untuk LI, so excited (kononnya) untuk mendaftar. Tetapi ke"excited"an itu tidak dapat diteruskan kerana sebab- sebab tertentu. Di sini beberapa point untuk pendaftaran LI. But also important point for those yang berminat nak ambil subjek time special sem.

Rasanya semua dah settle untuk penempatan kan? Sekarang fasa yang ke ... (entah la). Tapi yang penting, fasa pendaftaran. I repeat, REGISTRATION PHASE. sesedap je bagi nama lol

Yang saya faham sekarang, ada dua tempat untuk mendaftar. myUM & register.um.my.


  1. myUM - CItRa & lecturer [we being informed that we can register through here but the system is still closed]. CItRa also don't reply the post by student on their facebook page.
  2. register.um.my - and also note that we have been informed for the course registration in the special sem will start on 17/06/2013, Monday; through siswamail (SKR). 


Copy & Paste from here.

"COURSE REGISTRATION PROCEDURE FOR SPECIAL SEMESTER, 2012/2013 SESSION
REGISTRATION SCHEDULE
(1)    ONLINE REGISTRATION (17 JUNE 2013 – 23 JUNE 2013) 

       (i)     At any location with internet access

       (ii)    Categories of students who are allowed to register
       (iii)   Limit for credit hours   
                a.  Minimum  -  No minimum limit
                b.  Maximum -  9 Credit Hours
       (iv)   Flow chart
(3)    ADD AND DROP COURSES (1 JULY 2013 – 7 JULY 2013) 

       (i)    Flow chart

(4)    VERIFICATION (9 JULY 2013 – 11 JULY 2013) 

       (i)   Information and important notice
       (ii)  Flow chart
(5)    PROCEDURE IF YOU HAVE FORGOTTEN YOUR PASSWORD
       (i)   Please visit http://siswa.um.edu.my and click 'Forgot Password'       (ii)  Please contact ARS Tel: 03-79673440/3441/3502

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"

Basically kalau ikut register.um.edu.my:
17-23 Jun 2013 : Daftar
1-7 Julai 2013 : Add & drop
9-11 Julai 2013 : Verification

nak promote sikit;
Homepage CItRa. Ade berita pasal program Panasonic tu la hihi


Ok, wassalam.

Settle dua paper, 4 papers to go. Go go go!
Assalamualaikum.

Week 7 and life is very complicated. Wah, sesuai ke perkataan tersebut? Haha. Pepape pun, sekarang dah minggu ke7 untuk sem 2, sesi 2013/14. Dah tengah2 sem, memey sesuai la nak meroyan. ehhh
Dah berapa minggu ntah xbuat post kat sini. So, sekarang ni, tngah dok stressssek ngan pelbagai aktiviti, mestilah kene ade tempat untuk meroyan (meroyan lagi kann). Otw (on the way, bukan "on time wei", mcm ade org tu ckp :p) pi Yakult factory, dalam bas, aku pun install la blogger apps ni kat tab ni. Sesaje nak test sambil membersih sesawang yg ade kt blog ni, haa..

Ape pun, Week 7 adalah paling sibuk setakat ni, dengan beberapa dateline utk assignmen 50% markst, dgn test nya ada 3 (salah satunye 20%), aktivitinye lagi, sme-u nye lagi. Pergh. X ckup ngan tu, nk kne prepaper utk lawn bowl tournement. Harap2, korg tak pilih jalan yg aku pilih ni la eh, aku pun xtau la ape nak jadi ngan aku ni. Ish ish ish



Hidup tetap diteruskan, kita xtahu bila kita akan ditamatkan dan dilucutkan jawatan dan hayat di dunia ni. Ibadah kene buat mcm kita akan mati esok hari, kerja seharian kita buat seolah kita akan hidup 100 tahun lagi. Itulah hidup yang sebenar. Setuju?

Last but not least, aku terperasan la kan, kita ni dok dengaq lagu 24jam, tiap ada masa teluang je kita buka radio. Xdengaq radio kita buka mp3, phone, tab dan seumpamanya. Kenape? Nak tenangkan fikiran? Kalau itulah jawapannya, sebenarnya ada lagi cara yg sesuai. Terutama yg muslim, amalkan mendengar kata2 atau ayat2 yg mengingatkan kita pada Allah. Sebab ape? Sebab dengan, engingati Allah, hati kita akan tenang.

Wassalam.

Assalamualaikum. 
Menulis dalam keadaan lapar.

Ye, hari ni pun macam semalam. DAN mencatat kesilapan yang sama dengan minggu lepas, tidak hadir ke kuliah jam 8 pg. Why? Bcoz I feel to tired. heh.

Cutie. #eh

Pape pun, hari ni lebih tenang dari semalam, walaupun kerja semakin melambak lambak gitu. Tambah lagi beberapa kerja, walaupun kerja yang lama tak dapat kusiapkan lagi. Macam mane tu eh? 

Baru je siap design mendesign. Ada satu lagi keje design mendesign, nampaknya, esok la baru aku sambung. Tadi settlekan umcares nye projek, design tshirt and flyers. 

Esok! 
Pagi-lab
Petang-meeting SME-U intern
Malam-Prog kK9, at the same time ada preview. err.. ARGH!
Kene prepare untuk meeting petang tu time pagi2..
Kene gak prepare untuk sabtu & ahadnye event.
Kene start buat lab report.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum. Moga2 kita dilimpah kurnia Illahi hendaknya. 

Maka peperiksaan pun bermula hari ni, bagi akulah. hehe. Ada yang dah mula minggu lepas lagi (3 hb), bg sesiapa yang ambil subjek universiti terutamanya.

Hari ni subjek teras, Indusrial & Environmental Microbiology, 4 jam kredit. Semoga dipermudah Allah.

Sisipan pagi Isnin sempena peperiksaan :

Do The Best and Never Give Up. Allah is always with us. [kredit to oretachino2yen]

malas nak edit gambar, search kat google je :P kredit : oretachino2yen

#Good luck semua yang ambil peperiksaan sem ni. Teruskan usaha untuk berjaya. Jangan mudah putus asa ye. Okbai, Assalamualaikum.

*ok akhirnya dapat gak post kedua untuk blog ni. hehe