Showing posts with label Sem 3 2012/2013. Show all posts
Showing posts with label Sem 3 2012/2013. Show all posts
Assalamualaikum.



Just nak share kalau sesiapa student JPA, UM yang nak buat tuntutan elaun untuk latihan industri (atau LI atau intership dan sewaktu dengannya). 

Borang boleh didapatkan di pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kompleks Perdanasiswa. Tapi, kalau malas nak pegi, nah aku bagi free2 je kat sini.


Ok, that's all.
Hari ni settle down kat rumah. Keluar jap pi potong rambut. Potong rambut? hahaha.. 

Tahniah JDT sebab kalah kepada Kelantan, Final Piala FA 2013. 

Sepat nengok FRIM nye website, belajo la sikit pasal institut tu, nak LI kann.. Tapi ada sedikit yang menarik~ Antaranya ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati kat sana! So, terpaksalah menghabiskan hujung minggu berjimba aka berjalan kat sana. (Boleh ke? err) Then, sambil-sambil belek tu ada gak la jumpa something berkenaan Alam Sekitar kat Malaysia ni. Susah nak dapat link-link ni. Harapnya boleh buat something untuk UMCARES 12th. Lastly, aku perasan ada pengiraan Carbon Footprint. Tak pernah nampak kot orang kira bende ni! pergh salut la.. 

huyyooooo (pic from FRIM website)

Ok, dah overr pulak di situ. Esok kat FRIM ada program bermesra dengan orang awam kat FRIM. Tapi dia buat pagi, so xleh nak join la. Plan esok nak join gotong-royong kat surau (hopefully dapat bangun la haha)

Program bersempena World Environment Day (pic from FRIM website)

Ok, chauu. wassalam.

Target Sem 3 2012/2013 aka Cuti Sem.

eh sedikit over di situ.

1. LI. for sure. Kat FRIM, Kepong.
2. Earn RM500 by working/selling items.
3. Learn website & blog design template sampai boleh buat satu design baru blog dan website.
4. Learn Korean. Refresh dan tambah skil sampai boleh speaking.
5. Puasa penuh eh. nope, puasa dah insyaAllah penuh, but want a better Ramadhan~
6. Reading all my books that I bought. 
7. Pi SBPIR.
8. Update bersamawachacha

Lain-lain, settlekan Sem 1 2013/2014 (subjek), plan my life journey (pergh).

*please don't laugh* 

(: 

Assalaualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni hari terakhir peperiksaan di Universiti Malaya. Kalau universiti lain lebih kurang la kan? UiTM lambat start exam, so labat la habis. Sapa start awal, habis awal. Bagi student degree la. Sebelum meneruskan bacaan, cuba jawab soalan ni:

"Apakah kejayaan bagi anda?"

Minggu peperiksaan menyebabkan sesetengah dari kita jadi orang lain. Orang lain bermaksud orang yang berubah sedikit dari yang asal. Bagus kalau perubahan ni ke arah sesuatu yang lebih baik, tapi kurang eloklah kalau jadi kureeng sikit kan?

Peperiksaan boleh bagi macam- macam maksud kat kita. Ada yang buat hanyalah sebagai satu titik persinggahan. Ada yang buat macam antara hidup dan mati. Tapi apa yang penting adalah niat. Biarlah kita buat ni hanyalah kerana Allah. 

Bila kita buat sesuatu kerja kerana Allah, kita pasti mudah untuk melakukan kerja tersebut. Mudah untuk bersyukur, mudah untuk bersabar jika masih belum mencapai sasaran dan mudah juga untuk meneruskan amal yang baik di sebalik pelbagai cabaran yang datang.

Habisnya exam membuatkan aku terfikir, apa yang ingin aku capai? Apa yang nak aku buat? Apa- dan apa.. Mestilah jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Dua tiga menjak ni sempat la baca beberapa buah buku pasal apa yang boleh dibuat kat dunia yang fana ni.

Hidup sebagai insan sememangnya tugas utama dan aula ialah beribadah. Walaubagaimapun, bagaimanakah ibadah itu dilaksanakan? Adakah hanya duduk di atas sejadah dan bermunajat kepada Allah? Tentulah tidak bukan? Setiap apa yang kita buat pasti menjadi ibadah jika kena pada syaratnya.

Apakah yang memotivasikan kita untuk melakukan sesuatu? Mengapakah aku masih lagi menaip entri ni dan mengapakah anda, selaku pembaca masih lagi mahu membaca? Pasti ada sesuatu yang menyebabkan kita melabur masa kita untuk melakukan sesuatu yang kita mahu buat sekarang ni.

Asking why makes us better living creatures.
Motivasi tersebut pasti datang dari persoalan kenapa. Kenapa kita buat ini dan itu? Mungkin kita tidak mahukan sesuatu daripada apa yang kita buat sekarang atau sesuatu yang kita panggil ikhlas. Ikhlas adalah satu motivasi yang utuh dan kuat. Biar apa sahaja jawapan kepada persoalan "kenapa" kita tadi, tapi percayalah jika akhirnya kita sampai kepada konsep ikhlas, itulah kebahagian dan keseronokan sebenar.

Keseronokan ini bermaksud kita tidak mengharapkan dunia ini semata. Dunia adalah persinggahan. Akhirat adalah tempat tujuan kita. Setiap yang berlaku adalah satu ujian. Setiap peberian, anugerah, musibah; semuannya adalah ujian dari Allah. Kejayaan hakiki adalah mendapat keredhaan Allah.

Untuk mencapai kejayaan hakiki ini, kita perlukan perancangan. Adakah kita mahu masuk ke dewan peperiksaan tanpa ada perancangan walau sedikit pun? Pasti tidak bukan? Tanpa perancangan kita sebenarnya merancang untuk gagal.

Kejayaan boleh didefinasikan dengan pelbagai maksud. Setiap orang ada definasi sendiri. Sekarang, kembali kepada soalah saya tadi, masihkah sama? Saya tidak mengatakan jika tidak sama dengan apa yang saya sampaikan, anda salah. Saya juga adalah insan biasa dan tidak sempurna. 

Jadi, rancanglah sekarang. 
#thinking, planning for the future#

Short term: 
Apa nak buat cuti ni?
Apa yang aku nak capai?
Apa aku nak buat sem depan (kalau still study lah ye).

Long Term:
....
(fill up yourself)

For each statement, don't forget to ask yourself, "why". 

Ok, good luck atas setiap apa yang anda telah rancang. Semoga kita akan diberkati Allah hendaknya.
Wassalam.
Assalamualaikum.

Pengesahan kolej kediaman bagi permohonan telah dibuka. Sesiapa yang telah lulus permohonan boleh pilih untuk terima atau tolak. Bagi sesiapa yang mahu tinggal di kolej kediaman tetapi tidak lulus permohonan, atau tidak sempat memohon semasa tarikh permohonan dibuat, bolehlah teruskan proses permohonan (rayuan). 

Loadingggg~ Lepas accepted terus keluar yuran -,-
Tapi untuk pendaftaran semester khas masih tak lepas lagi (for me la). Sesiapa yang boleh akses atau tidak boleh bagitahu la ye. register.um.edu.my.

Tu je, now prepare next paper - V I R O L O G Y .. gulp
Bismillah. Assalamualaikum wbt. Disebabkan dapat info kene dah boleh daftar untuk LI, so excited (kononnya) untuk mendaftar. Tetapi ke"excited"an itu tidak dapat diteruskan kerana sebab- sebab tertentu. Di sini beberapa point untuk pendaftaran LI. But also important point for those yang berminat nak ambil subjek time special sem.

Rasanya semua dah settle untuk penempatan kan? Sekarang fasa yang ke ... (entah la). Tapi yang penting, fasa pendaftaran. I repeat, REGISTRATION PHASE. sesedap je bagi nama lol

Yang saya faham sekarang, ada dua tempat untuk mendaftar. myUM & register.um.my.


  1. myUM - CItRa & lecturer [we being informed that we can register through here but the system is still closed]. CItRa also don't reply the post by student on their facebook page.
  2. register.um.my - and also note that we have been informed for the course registration in the special sem will start on 17/06/2013, Monday; through siswamail (SKR). 


Copy & Paste from here.

"COURSE REGISTRATION PROCEDURE FOR SPECIAL SEMESTER, 2012/2013 SESSION
REGISTRATION SCHEDULE
(1)    ONLINE REGISTRATION (17 JUNE 2013 – 23 JUNE 2013) 

       (i)     At any location with internet access

       (ii)    Categories of students who are allowed to register
       (iii)   Limit for credit hours   
                a.  Minimum  -  No minimum limit
                b.  Maximum -  9 Credit Hours
       (iv)   Flow chart
(3)    ADD AND DROP COURSES (1 JULY 2013 – 7 JULY 2013) 

       (i)    Flow chart

(4)    VERIFICATION (9 JULY 2013 – 11 JULY 2013) 

       (i)   Information and important notice
       (ii)  Flow chart
(5)    PROCEDURE IF YOU HAVE FORGOTTEN YOUR PASSWORD
       (i)   Please visit http://siswa.um.edu.my and click 'Forgot Password'       (ii)  Please contact ARS Tel: 03-79673440/3441/3502

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"

Basically kalau ikut register.um.edu.my:
17-23 Jun 2013 : Daftar
1-7 Julai 2013 : Add & drop
9-11 Julai 2013 : Verification

nak promote sikit;
Homepage CItRa. Ade berita pasal program Panasonic tu la hihi


Ok, wassalam.

Settle dua paper, 4 papers to go. Go go go!