Showing posts with label cuti sem. Show all posts
Showing posts with label cuti sem. Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

So, hari ni Jumaat, 31 Mei 2013. Hari terakhir dalam Minggu ke-14 sem ni. Rasanya memang sesuai untuk ingatkan diri sendiri dan semua tentang beberapa perkara terutama bagi pelajar- pelajar UM atau mana- mana yang sesuai.

-Selamat maju jaya dari blogwachaca.blogspot.com-

Minggu terakhir Sem 2 (2012/2013)

Selesaikan perkara yang belum diselesaikan.

  • Assignment matter. Even kalau kene hantar minggu peperiksaan, kalau boleh siapkan awal.
  • Subjects matter. Kalau ada kene jumpa lecturer selesaikan masalah berkaitan subjek selesaikan awal- awal.
  • Internship matter. Sesiapa yang akan ada latihan industri (LI) dan belum selesai, selesaikan segera.
  • Yuran pengajian, yuran kolej dan semacam lagi yuran sem ni.

Minggu peperiksaan

Lagi seminggu peperiksaan. 

  • Slip peperiksaan dah print?
  • Make sure detail setiap kertas (tarikh, masa, tempat, barang perlu bawa dsb). 
  • Alat tulis- beli baru. lagi- lagi kalau baru hilang, err
  • Fail setiap subjek updated- nak revise kot, especially yang baru nak start. #ehh

Lain- lain

Minggu terakhir ni sangat sesuai untuk REFRESH apa yang berlaku sem ni. Terfikir gak nak buat satu post review sem ni dalam masa terdekat. Nantikan link tersebut ya. DAN sangat sesuai untuk REVIEW apa yang dah dibuat sem ni, either baik atau buruk. Apa bezanya? Refresh nak ingat "hotspot" yang maybe kita akan ingat sampai bila- bila. Review nak tengok bagaimana performance kita, good or bad. Also to compare whether what we did along the sem is better or worse compared to before. Last one is to PLAN the next activity. Why not? Lepas peperiksaan ada masa cuti/ LI/ sem khas (pilih sendiri). Paling penting selepas tu ialah ada Sem 1 2013/2014. Bagi yang dah habis study tu, UNTUNGLAHHHHHHHH~ hehe. Bolehlah plan nak cari kerja ke, nak kahwin ke #ehh, nak sambung study ke (tapi kita yang belum habis study ni pun leh buat gak okayh~)

Ada point yang tertinggal yang tak dimasukkan dalam karangan pendek di atas, yang anda rasa perlu? Komen kat bawah yup~ 
Ok, see u next time. Assalamualaikum.
Bismillah.

Assalamualaikum semua, hari ni hari pertama latihan teater KK12 dalam Kem FESENI 2012 bagi menghadapi KARVITER 2013. Bagi yang kurang mengetahui, KARVITER = Karnival Teater, FESENI = Festival Seni UM, dan KK12 = Kolej Kediaman Ke-12. Training hari ni sekejap je, dalam 3 jam memandangkan skrip pun blum dapat, esok baru mula secara rasmi.

Anyway, tu bukan topik sebenar perbincangan kita kali ni. Cuti Semester 1 baru sahaja bermula pada Sabtu lepas. Cuti pada kali ini bagi pelajar Universiti Malaya bermula 19 Januari hingga 17 Februari 2013, lebih kurang sebulan. So, masa agak panjang di situ. Kalau x plan betul2, x ke rugi?

Macam2 stail dan cara pelajar nak menghabiskan cuti semester. Walaupun cuti Semester 1 adalah lebih pendek berbanding cuti Semester 2 (lebih kurang dua bulan), itu bukanlah alasan untuk kita hanya redah sahaja masa cuti kita tanpa merancang terlebih dahulu. Samalah macam kita nak menghadapi Semester itu sendiri. Walaupun macam dah terlambat je post ni nak keluar, tapi daripada xde, baik ada ye dok?

Masa adalah umur kita. Semakin tua semakin dekat kita dengan kematian. | Gambar dari sini.
Ini merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti semester ini.

Round up the Sem
Maksud aku ni, kita check and balance balik kita, pencapaian kita dan bagaimana prestasi kerja/ study kita time kita semester lepas. Kalau dari segi study, kehadiran kita ke kelas, macam mana assignment kita, test/ exam, praktikal/ eksperimen, capai target atau tidak dsb. Dari segi aktiviti pula, macam mana komitmen kita, punctuality, kerja siap ke x, kalau siap tu, memuaskan atau tidak dsb. Bende ni penting supaya kita dapat set tahap kita, dan perbaiki tahap tersebut ke arah yang lebih baik pada masa akan datang, terutamanya pada semester akan datang.

Turut terangkum dalam kes ini ialah apa hutang kita. Settlekan hutang. Hutang di sini macam- macam. Hutang wang dan kerja. Hutang duit tu biasa la, memang kene settlekan. Ni kalau kerja, yang mana dah tertangguh, mungkin sebab kita malas sebab banyak sangat kerja atau disebabkan waktu peperiksaan, maka waktu inilah yang sesuai untuk menyiapkan kerja. Peruntukkan masa untuk siapkan, dan siapkan seawal yang ungkin, kerana jika kita terus bertangguh, kemungkinan besar untuk kerja tersebut disiapkan pada semester akan datang amatlah besar? Kalau x percaya bolehlah try ye.. hehe

Get Ready for the next Sem
Hidup mesti diteruskan. Yang lepas biarkan lepas, masa ini adalah penentu kita di masa hadapan. Pada sem hadapan, apa yang akan berlaku? Soalan ini penting untuk perancangan kita. Bagi kita sebagai student, mestilah kelas dan aktiviti kokurikulum. Pendaftaran subjek (ada yang dah lepas pun), jangan terlepas okayhh. Daftar subjek mesti ikut caranya ye, agar tidak susah di masa hadapan. "Gunakan" senior, rakan mahupun lecturer untuk membantu. Ko-ko pulak, apa aktiviti yang kita nak join atau pun dah join. Make sure x berlebih- lebih sebab kita kene study. Jangan pula yang dikejar xdapat, yang dikendong berciciran, haa gituu.. Apa lagi eh? Notes, buku, bajet, apa yang perlu beli... ok, tu je kot.

Memperbanyak amalan
Dunia hanya persinggahan. Cuti semester adalah masa terbaik untuk memperbaiki diri. Solat, baca al-Quran, tambah ilmu dengan membaca, hadiri kursus mahupun kuliah- kuliah ilmu. Dekatkan diri dengan Allah. Set apa yang kita mahu belajar waktu cuti ni, mungkin ini boleh membantu?

Dah solat? #eh | Gambar dari sini. 

Think about life
Life is life. Kita saban hari sibuk dengan urusan kita, tak kiralah urusan tersebut bermanfaat mahupun tidak, kita terlupa untuk berhenti sejenak dan berfikir. Berfikir tentang kehidupan. Apa target kita? Apakah kita sudah mencapai target kehidupan kita? Bagaimanakan progress kita dalam mencapai target kita.

Go visit your family
Simple. Dah lama kita x balik kan? Luangkan masa untuk balik ke kampung, terutama yang masih mempunyai ibu dan bapa. Tapi rasanya ni adalah wajib bagi pelajar masa kini. kot. Buat apa kat rumah? Fikirkan sesuatu yang bermanfaat. Boleh tengok tv, main game, buka facebook atau twitter dsb, tapi janganlah sampai 24jam depan tv, kecuali time makan atau tidur. "Balas" katanye.. katenyelah.

Family first. | Gambar dari sini. 


Have a holiday
Maksud saya ni adalah berjalan- jalan. Tak kiralah dengan family mahupun dengan rakan- rakan. Pergi ke satu tempat yang tak pernah kita pergi, luaskan pemandanganlah kata orang. Ikut bajet dan masa kita.

Mix with society & friends
Main futsal, makan malam bersama, melawat rakan- rakan lama untuk mengeratkan sillaturrahmi, cadangan jela. Itu kalau lelaki. Kalau perempuan tu mungkin jalan2 pi tengok wayang ke, shooping ke.. yeke? Tapi jangan buang masa and buat dosa okayh..

Futsal? | Gambar dari sini.
Shopping? | Gambar dari sini.


Do what u want. That's it.
Yang penting rancang. Jangan tertinggal apa yang PERLU dibuat. Jangan biarkan cuti anda berlalu begitu sahaja. Mesti kita xnak, masa buka cuti nanti kita fikir, "eh, dah habis dah cuti? apa aku dah buat eh?" haa, gitu..

Yup, easy isn't it? | Gambar dari sini.


Ok, apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Maaf terlebih terkurang. Selamat beramal dan share apa yang baik okay. Wassalam.