Revise diri kita.

by 12:05 0 comments
Bismillah.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sehingga ke saat ini. Paling patut kita bersyukur, mestilah kerana kita dikurniakan nikmat iman dan islam. Kan kan kan?
Actually kami sekarang ni takleh nak tidoq. Entah la, satu malam ngadap laptop nyiapkan report kot, konon nak siap time cuti, tup tup, 1 minute before dateline baru hantaq. Aiyaaaa... Ish jatuh market citekat orang.
Takpe, kami xkesah. #yeke? Haha.. So, sekarang dah minggu ke 8 untuk dak2 IPT yang amek degree. Kan? Kalau salah bagitahu la ek. Tapi kat UM, gitulah. Maka, bermulalah separuh masa kedua semester ni. (Keseluruhan ada 14 minggu). So, time ni lah time yang saaaaaangat sesuai untuk "bulk up" apa yang patut, ye dok?

Kami ni macam dah power lak kan, padahal tengah terkontang kanting gak ni (prove ade di atas haha).. Takpe, kita kongsi la apa yang kita boleh, kita tak tahu mana yang kita boleh sumbang kat orang. Kita tak boleh harap orang je nak sumbang kat kita. Subsidi je kan.. #ehh

Ceritanya, untuk dipendekkan la kan, kita start dengan revise apa yang berlaku masa pertengahan yang pertama. Orang kata, yang lalu jangan dikenang, tapi bagi saya, kalau ada baik dikenang, kita kenanglah kan.. Ahhaa. Check and balance mana yang patut. AKADEMIK, ROHANI, apa lagi ek.. HUBUNGAN DENGAN ALLAH, HUBUNGAN DENGAN RASUL, HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, hmm..
 Kalau kita nak gredkan diri kita macam lecturer bg markah exam kita ye, kita nak bagi apa ye?

Cahaya


Kami tak cakap yang kita hidup mesti kene sempurna, tapi apa yang kami ingin ingatkan kat diri kami ni, cubalah untuk menuju ke arah tersebut, berusaha untuk menjadi baik dari masa ke semasa. Alahai sedih, sayang seribu kali sayang. Allahuakbar, hinanya diri ini, bila diri tidak mampu menahan nafsu. Rendahnya iman kami, kami lebih utamakan dunia dari akhirat, hati kian tertambat dengan dunia.

Astagfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Dalam hati ini, sebak. Sebak kerana banyak masa dulu dibazirkan. Kita sedar, masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, ia akan memotonbg kita. Tapi, apa dah jadi? Solat kita lakukan hanya cukup rukunnya sahaja. Adakah kita menuju kesempurnaan solat, sebagaimana kita menuju kesempurnaan semasa menjawab soalan dalam peperiksaan atau ujian, mahupun ketika kita menyiapkan assignment?

Kita sering mahu orang sekeliling kita untuk berubah menjadi lebih baik, kita mahukan sekeliling kita menjadi baik dan sempurna, TETAPI sedarkah kita, dalam kita mahu dan mahu, kita tidak pula mahu DIRI SENDIRI untuk berubah menjadi baik. Katakan dalam hati, ''Wahai hati, aku ingin berubah, aku ingin berubah, aku ingin berubah.'' Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami Ya Allah. Kami hanya hambamu yang lemah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau telah meninggalkan kami. AMIN.

Ok, cheers. Feeling feeling juga. Kami ingin mengucapkan selamat mengundi semua, walaupun macam terlalu awal. Jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Actually kami pun baru first time ngundi, so nebes nebes sikit la gitu.. Plan awal2 camne nak balik semua ek. Ok, tata. Apa yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang dari Allah, tetapi disandarkan kepada kami insan yang kerdil ini. Wallahua'lam.

LDOE by Wachacha

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment