Assalamualaikum dan salam sejahtera.
A brief response to today's event. Banyak yang boleh diperkatakan. Tapi maaf, hari selasa semakin suntuk for me, so ambil sedikit la.
Antara isu yang diketengahkan adalah supaya pelajar ingat kembali tujuan masuk universiti. Pelajar masuk universiti untuk bersedia untuk ke alam pekerjaan, walaupun tidak semua ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan dan ditanya semula ketika temu duga. Kita perlu sedar bahawa apa yang kita bawa untuk ke alam pekerjaan juga termasuk dengan apa yang kita panggil hasil dari penglibatan kita dalam dunia kokurikulum.
Tertarik dengan isu ini, ditambah dengan point tuan pengetua tentang perlunya pemikiran kritikal (critical thinking) semasa menjawab soalan temu duga, juga berdasarkan apa yang saya lalui sejak belakangan ini, saya ingin menyatakan bahawa pemikiran kritikal adalah satu keperluan. Satu keperluan yang mungkin bukan sahaja satu kehendak atau pilihan, malah ia adalah satu keperluan. Sama seperti setiap tindakan kita, pasti akan membuahkan satu efek atau kesan, tidak kira kecil atau besar.
Oleh itu rakan- rakan, penglibatan dalam aktiviti kolej adalah baik, tapi pada pendapat saya, sertailah program sebagai diri anda sendiri. Maksud saya, cuba bayangkan suatu masa nanti, ketika kita telah pun mempunyai masyarakat, mempunyai kejiranan, malah berkeluarga. Adakah kita akan terus membuat sesuatu tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling kita? Adakah kita hanya "idle" dengan hanya fokus untuk melakukan kerja kita sahaja, tanpa berfikir yang kita juga perlu menyumbang untuk masyarakat?
Kehidupan di kolej juga satu kehidupan bermasyarakat. Sumbangan kita, walaupun sikit, insyaAllah akan ada balasannya. Jika tidak di dunia, insyaAllah ada saham untuk akhirat. Sambil menyumbang tenaga, sambil belajar sesuatu. Saya suka melihat rakan- rakan (kini lebih ramai junior, ewah) yang aktif terlibat dalam aktiviti kolej. Saya percaya, dengan aktiviti ini anda akan dapat belajar sesuatu. Ia akan membuat anda berfikir bagaimana untuk selesaikan masalah, dalam sesuatu ruang lingkup. InsyaAllah, niat ikhlas, ada manfaat. Yang penting, jangan bekerja hanya melepaskan batuk di tangga :)
--------------------------------------------
Aktiviti hari ni selain perjumpaan dengan pengetua, ada gak perjumpaan dengan UMEC pasal SME-U internship. Ada la juga cakap pasal komitmen. Kelas 8-12 je. Petang fikir pasal LI placement. Tapi leh lak tertidur tadi. patut pi d'sara. erk. Last, tahniah JDT, tahniah Selangor gak walaupun kalah :p k, assalamualaikum, sambung koje..
well said...totally agree!
ReplyDelete:D tu dia.. hehe..
Deletejust pandangan, masing2 ada pandangan, bagaimana cara kita sampaikan, dan mcm mana kita nak terima kritikan dan komen (i.e pandangan tentang kita) yg berbeza