Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat itu ada dua, pertama apabila kita mendapat nikmat itu sendiri dan keduanya ialah apabila kita bersyukur atas nikmat tersebut. Yakinlah bahawa apabila kita bersyukur atas nikmat yang diterima, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita, sama ada serupa dengannya atau bentuk lain yang lebih baik.
Berkata mengenai nikmat, alhamdulillah 23 & 24 November 2013, kami telah mewakili KK12 aka Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah dalam acara boling padang Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM) 2013. Lebih manis lagi apabila usaha kami mempersiap pasukan untuk menyertai kejohanan ini terbalas dengan kejayaan yang agak memberangsangkan. EMAS bagi pasukan lelaki dan PERAK bagi pasukan wanita, adalah satu kejayaan besar apatah lagi emas bagi pasukan lelaki merupakan EMAS PERTAMA bagi KK12 dalam SUKMUM edisi 2013 ini.
Before we start the game~ |
Kejayaan mendapat johan keseluruhan bagi acara lelaki adalah dari pencapaian 2 emas bagi acara PAIRS (Hazeem & Fadhil) dan TRIPLES (Hadi, Zaid & Shamsul) serta perak bagi acara FOURS (Zaid, Zakwan, Shamsul, & Fadhil). SINGLES (Hazeem) hanya meraih tempat keempat. Bagi wanita, kejayaan merangkul naib johan keseluruhan adalah hasil pencapaian 2 emas dan 1 gangsa. 2 emas telah disumbangkan dalam acara SINGLES (Fatihah) dan PAIRS (Aina & Fatihah) dan gangsa pula disumbangkan melalui acara FOURS (Iena, Amni, Hana & Aimi). Pasukan TRIPLES (Amni. Hana, & Aimi) tewas di suku akhir.
Pencapaian pasukan lelaki ini amat membanggakan apabila akhirnya, usaha memperkuat pasukan boling padang lelaki 2-3 tahun ini berjaya membuahkan hasil. Tahun lepas, dua acara ke final tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak. 2011, hanya gangsa yang diperoleh. Bagi pasukan wanita pula, walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut (2011&2012), perlu diingatkan bahawa kesemua ahli pasukan merupakan pelajar tahun pertama dan masih lagi baru dalam sukan ini. Mereka hanya mula memegang bowls (bola) dan belajar bermain pada September, bermakna kurang dari 2 bulan sahaja sebelum SUKMUM berlangsung. Teruskan rentak dan momentum ini pada tahun- tahun akan datang!
Kejayaan ini tidak datang bergolek, malah hasil usaha ramai pihak sejak tamat SUKMUM 2012 lagi. Usaha membangunkan sukan boling padang di KK12 dengan matlamat pencapaian akan datang adalah lebih baik dari sekarang. Walaupun hanya SUKMUM yang menjadi KPI kami, ini tidak menghalang kami untuk meneruskan dan meningkatkan skil kami untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi. Di mana ada peluang dan ruang, segera digapai agar tidak terbang begitu sahaja.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam persiapan menghadapi SUKMUM kali ini. Bermula dari atlet- atlet yang bertanding, memerah keringat bermula dari sesi pengenalan semasa MHS tempoh hari lagi. Juga kepada ahli boling padang KK12 yang sekarang sudah menjadi keluarga besar (>50 orang ahli) termasuk bekas pelajar yang memberi sokongan moral mahupun ilmu kepada kami secara jarak jauh mahupun hadir sekali ke padang semasa latihan & game(Rean, Seha, Wana). Jurulatih, abang Din, staf-staf KK12 especially abang Epul, staf-staf UM, akak2, abang2, penyelia kolej (esp Kak Yat, Pn Saba), AJK kelab boling padang, AJK SUKMUM dsb.. semua sekalilah. Terima kasih diucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua.
Gaya macam dah nak habis sesi dah, padahal lama lagi nak habis hahaha.. keep up the good work guys.. teruskan untuk tingkatkan skil masing-masing, jangan berhenti setakat ni je. Next: PAIRS TERTUTUP UM (7 Dec 2013). Harap korang dapat join~ Wassalam.
Pasukan Boling Padang Lelaki KK12. Alhamdulillah, emas pertama KK12 SUKMUM 2013.. woot~ |
Pasukan wanita anggun. eh |
Pasukan jejaka kacak. ehem. |
Go Twelfth! #ROAR #Royal |
0 comments:
Post a Comment