Kebanjiran Kepasaran dan Kepadatan

by 06:39 0 comments
di kafeteria Kolej Kediaman tuttttt menyebabkan makanan yang ditempah pada jam 8.00 malam, hanya siap pada jam 8.40 malam. 40 minit masa berharga ini tidak patut dipandang sebelah mata oleh pihak berwajib. Bagi pihak penduduk pula, siapa yang ada cadangan, sila- silalah cadang ye. 


Walaubagaimanapun, timbul tanda tanya blogwachacha bilakah pengubahsuaian yang dilakukan ke atas kafeteria tersebut akan siap. Tetapi walau dah siap pun, perkara sama yang berlaku pada hari ini sepatutnya tidak berulang lagi. Punca berlakunya kejadian ini dipercayai akibat penutupan tanpa notis satu kedai yang biasanya buka pada waktu malam tanpa sebab yang dapat dikenal pasti pihak blogwachacha. Keadaan kafeteria yang agak serupa seperti dapur, penuh dengan asap dari dapur (sebab tu macam dapur); ditambah dengan bilangan orang yang memesan makanan yang ramai, serta keserabutan di kafeteria perlu diperbaiki.


Bukan tidak boleh tahan, kami faham, tindakan pengubahsuaian ke atas kafeteria ini akan memudahkan kami pada masa hadapan. Tetapi bagi pihak blogwachacha, setelah tinggal di kolej ini selama hampir 3 tahun setengah, masalah kepadatan ini masih lagi tidak dapat diselesaikan. Kafeteria masih lagi di takuk lama, tidak ubah seperti memasukkan nasi ke dalam kuali. (hmm macam xsesuai) Kita perlu mewujudkan satu badan yang mampu mencadangkan renovasi yang baik bukan sahaja semasa renovasi kafeteria ini sedang berlangsung, malah selepas renivasi ini selesai. 

Keengganan kita untuk menyelesaikan masalah ini mungkin tidak akan mengapa- apakan kita pada masa terdekat ini. Tetapi sedarlah bahawa dengan sedikit sentuhan kita, kita mampu memberi kepada insan lain. Bukankah memberi itu ihsan?

dari kasih ke kekasih, eh
== wassalam ==

LDOE by Wachacha

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment