Kosong.

by 22:28 0 comments
Assalamualaikum.



Kosong. Kosong bermaksud tiada apa- apa. Kita juga boleh menjadikan kosong sebagai "Kosong" iaitu satu kata nama khas merujuk kepada sesuatu. Itu bukanlah satu perkara yang ingin dibincangkan, tetapi maksud kosong yang pertama tadi adalah lebih utama.

Manusia sering lalai. Tidak dapat dinafikan lagi. Dua nikmat yang sering manusi lupa adalah nikmat sihat dan masa lapang. Kita sering dengar perkara ini tetapi semakin pula kita lupa akan perkara ini. Memanfaatkan masa sebaiknya adalah sangat mudah, jika kita menjadikannya mudah. Jangan mudah jadikan kehidupan kita kosong tanpa mempergunakan nikmat ini sebaiknya.

Tapi bukan mudah untuk menjadi mudah, dan bukan susah untuk menjadi susah. Sangat bertentangan sekali ayat ini dengan apa yang diutarakan di atas. Pokoknya, jika kita tahu apa yang kita mahu, pasti mudah untuk kita menyusuri kehidupan. Adakah mengisi kehidupaan dan mengelak kosong amat mudah seperti yang diperkatakan?

Rancang. Manusia yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk kegagalan. Perancangan perlu dilakukan dari hari ke hari. Tanpa perancangan, hidup akan terumbang ambing. Perlu diingat, kita hidup bukan bersendiri, tetapi kita hidup bergantung dengan orang lain. Ada juga orang lain yang hidupnya bergantung kepada diri sendiri.

Namun kita kene ingat, kebergantungan tersebut perlulah dengan kadar sewajarnya. Perlu diingat kebergantungan kita yang utama dan sebetul- betulnya hanyalah pada Allah Yang Satu. Dialah yang memberi nikmat pada kita saban hari. Oleh itu, pentingkan dahulu apa yang utama. Utama bermaksud yang perlu didahulukan. Apa yang perlu didahulukan di sini ialah kesyukuran kita pada-Nya.

Syukur bererti memuji. Juga bermaksud berlaku adil. Berlaku adil bermaksud melakukan sesuatu pada tempatnya. Apabila kita melakukan sesuatu pada tempatnya, itulah namanya berlaku adil, itulah namanya bersyukur. Kita perlu utamakan yang utama. Kita adalah hamba-Nya. Tiada lagi kosong kerana kita ada Yang Satu.



:::Ingatan buat diriku yang alpa:::

LDOE by Wachacha

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment