2012 Review

by 04:28 5 comments
Assalamualaikum. 

#TheMostMemorable2012Moment

Post kali ni adalah review apa yang berlaku kat aku sepanjang 2012. Terlalu banyak perkara yang dah berlaku pada 2012. Secara kasarnya, awal 2012 merupakan penghujung Sem 1, Sesi 2011/2012 pengajian aku kat UM (Tahun ketiga kat UM, sebab asasi pun kat UM). Then, cuti sebulan sebelum masuk sem 2 aku banyak habiskan untuk persiapan produksi teater "Berani Mati", sempena Karnival Teater UM (Karviter) 2012. Sem 2, aku habehkan kat Korea, nak rasa hidup sbg pelajar di perantauan. Habis Sem 2, balik semula ke Malaysia. Dua bulan cuti, pertama kali buat part time. *mybe kali kedua kot. Sambil tu kene gak balik KK12 untuk kem PM. Time cuti dua bulan ni gak, ada bulan Ramadhan & Syawal. Awal Sem 1 2012/2013, bermula semula peranan sebagai pelajar di UM, study macam biasa.

Banyak kenangan manis- manis kurma, masin- masin air laut, pahit- pahit kopi, yang berlaku. Nak refresh satu- satu memang x larat la en. Secara keseluruhan aku rase peristiwa yang paling menonjol 2012 bagi aku ialah.................................

Krew Produksi
KARVITER 2012
Pasukan Teater KK12 telah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan. Ini adalah tahun ke-3 aku mnyertai team ni dan alhamdulillah, hasil usaha semua  krew, pengarah dan penulis skrip, Fasyali Fadzli dan rakan beliau, Walid, serta ramai lagi secara langsung mahupun tidak, maka terhasillah kejayaan ini. Selain itu, ini adalah tahun ke-2 aku menguruskan team ni, tahun pertama ketika kami membawa skrip Lukha, karya dan pengarahan Abang Wan aka Syazwan Muhaimin; berjaya menggondol Anugerah Khas Juri.

Dorm kitorang
Exchange Program ke  Inha University, Incheon.
Tujuan utama : Lari dari dunia nyata! haha. ok, maen2. Memang rasa nak pegi exchange program, sebab dapat tahu UM ada banyak buat program mcm ni. Rasa macam peluang ni xleh dilepaskan. Sambil belajar (akademik), mestilah dapat meluaskan idea dan mematangkan (kononya) pemikiran. Kat sini dapat kenal ramai kenalan baru, dan belajar macam mne nak menguruskan diri sebaiknya. Dan yang paling penting, berjalan- jalan ke mana sahaja sesuka hati. eh. hahaha. Juga aku dah buat satu blog khas untuk mengukir memori sepanjang di sana. Ikuti di sini.

Homelite Marketing, BRP
Kerja kat Homelite, BRP.
Balik rumah seminggu, terus kerja. Sepatutnya aku buat LI time ni, tapi sebab x cukup syarat, xleh la en. Sebagai ganti, kene la cari kerja lain, mengisi kekosongan masa. Lepas 1st year dulu, duduk rumah semata- mata. Disebabkan kesedaran supaya tidak terus membuang masa, aku pun cari kerjalah. Sambil buat duit, sambil belajar dan rasa sendiri bekerja (as part- timer). Dalam masa yang sama, kene bersedia untuk buat beberapa kerja untuk persiapan Pembantu Mahasiswa KK12, sempena kemasukan pelajar baru UM sesi 2012/2013, sama macam lepas 1st year dulu, cuma kali ni dah jadi PM senior, so kene prepare PM junior la kan...

Dalam DTC time MHS
Pembantu Mahasiswa Sesi 2012/2013.
Dah tercerita sikit pasal PM ni pulak kan. Pengalaman baru pada kali ini ialah penampilan sebagai PM Disiplin, kene marah orang gitu. Haishh, menggugat betul, haha.. MHS sebelum ini, aku jadi PM dalam biro teknikal je (MHS RPKJ 2010, MHS Asasi 2010, MHS Asasi 2011, MHS Fakulti 2011). Eh banyak lak MHS kan? haha.. Agak jauh menyimpang, tapi ku terima cabaran ketua PM ini dengan hati terbuka, boleh la belajar sumthing yg baru kan.. Kawan2 pun ada untuk membantu.



Forum Agama dan Alam Sekitar
Sem 1 2012/2013
Macam biasa, aku bukanlah jenis pelajar yang dok study je dalam bilik, mesti ada je aktiviti nak buat malam2. Cuma kali ni slow sikit, sebab dah masuk 3rd year. Kalau dulu masa 1st year, every night meeting, tiap2 malam buat keje kelab/ projek. tu yang study ke laut. eh. Tapi kali ni aku berazam untuk naikkan pointer okayh.. Ini semua sebab result yang x berapa nak sedap masa Sem 1 2011/12. Lari ke Korea, tenangkan fikiran jap, pastu buat baru sem ni. Nampak tak permainan dia? haha..



Sebahagian yang menyumbang 
Sem ni pun ada beberapa event yang aku join. SUKMUM 2012, menjadi Timbalan Pengarah kepada Krul. Pergh, rasa macam x bagi sepenuh tenaga, mungkin sebab lambat dilantik. kot. (Shaq jgn marah aku.. haha).. Secara keseluruhan, kami mendapat tempat ke 3, turun satu anak tangga. Dipintas oleh KK9, johan masih diunnguli KK5. Tahun ni (2013), KK12 kene buat balik yang terbaik untuk merampas kembali (at least kalau x dapat nombor 1 pun) takhta tersebut. Lawn bawl lak (almaklumlah atlet kott), aku xdapat ape2 pingat kali ni. Sobs. Tapi berjaya menang pertandingan Double UM Lawn Bowl Competition, so x berapa nak kesahlah :P

Ok, kalau diikutkan, banyak lagi aku nak taip, tapi sebab taip2 ni pun dah nak dekat sejam dah, so aku rase cukuplah kot. Buat kawan2, perkongsian ni bukan berniat nak menunjuk atau ape2 yang sewaktu dengannya, cuma ini adalah imbasan yang aku gunakan untuk meneruskan hidup. Actually, cetusan idea post ini adalah dari +fatin sh yang suruh aku masuk pertandingan beliau. hehe. 

Ok, nak kene cukupkan syarat pertandingan lak.

Jom join! Cepat2x.. sebelum 14 Januari 2013..  Klik kalau nak join okay~
Terima kasih kepada kak +Laila Latif sebab bagi saya tag beliau, join la pertandingan ni kak, sementara exam lagi 3 hari. LOL. So, saya promote gak la site beliau.. hehe ::rant out laila!::

Hm hmm, #TheMostMemorable2012Moment picture goes to.......

Gambar ni masa hari pertama menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan. Tentu sekali banyak "1st time" yang berlaku time ni. hehe.. Bergambar di hadapan Main Building, Inha Universtiy bersama- sama kawan baru, juga dari UM (time ni kenal sorang dua je kot). Banyak kenangan pahit dan manis bermula di Korea bermula di sini. Cewwahh. Untuk pengalaman sepanjang di Korea, ikuti di sini.
Oh kene letak katne aku tinggal sekarang, Kuang, Selangor. Sape nak datang rumah, roger- roger la eh.tettibe. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringatan untuk diriku dan rakan- rakan, ingatlah, setiap amal dan perbuatan kita dihisab oleh Allah. Alangkah ruginya kita hanya mensia- siakan ruang dan waktu yang diberikan Allah ni. Jadikan amalan kita diterima sebagai amal dan ibadah di sisi Allah. Hmm, cepatnya setahun berlalu, adakah aku telah gunakan setahun ini dengan baik? "Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunlah dosa kedua- dua ibu bapaku, dosa rakan- rakanku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia." 

LDOE by Wachacha

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

  1. Thanks join hazeem! Wish you luck! :)

    ReplyDelete
  2. Pemenang http://fatinesheh.blogspot.com/2013/01/pemenang-contest-themostmemorable2012mo.html

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan :)
    Singgah dari contest yang sama ;)

    ReplyDelete