Teater Assalamualaikum YB!

by 02:45 0 comments
Bismillah. 

Tahun keempat di Universiti Malaya, dan kali ke-4 aku mewakili Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, atau Kolej Kediaman Ke-12 dalam Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER). Post ni agak outdated, harap maklum.

2010 : Dunia Sebiji Epal
2011 : Lukha
2012 : Berani Mati
2013 : Assalamualaikum YB!

After show. Ramai xde... sobs.. #FzeoStudio


Bila senaraikan balik, nampak macam dah tua sangat lak, berkecimpung kat dunia teater 4 tahun gitu. Tiap2 tahun ada sesuatu yang aku dapat pelajari, dan yang penting, kesemuanya tidak akan dapat didapati kat kelas. Antaranya, cara kita menampilkan diri, dan keyakinan kita untuk menyatakan pendapat dan mengetengahkan isu kita. Bukan sembarangan orang boleh ada pengalaman camni, ye dok?

Alhamdulillah, rezeki pada tahun ni, KK12 dapat menggondol gelaran juara. Sememangnya untuk mendapat gelaran juara itu adalah susah, tetapi perlu diingat, kejayaan tidak datang bergolek. Juga perlu diingat, mengekalkan kejuaraan adalah lebih sukar dari mendapat kejuaraan itu sendiri. Amacam, ada pengalaman?

Kongsi sikit cita pasal keputusan Karnival Teater 2013, yang berlangsung di Auditorium KPS, UM pada 24- 28 Februari 2013.. Keputusan telah diumumkan pada Malam Penutup KARVITER pada 3 Mac 2013. 

Hanya mampu share je..


Oh tershare pulok #Naufal artis #eh

Keputusan Anugerah Individu & Kumpulan  #Karnival Teater Universiti Malaya
Senarai pemenang. #Karnival Teater Universiti Malaya

Dan ...
Dak2 masa malam penutup, with en fadzli. X sume dapat dtg time tu.. #FzeoStudio

Eh sape tu.. hehe #FzeoStudio

Okayh, gambo2 & status sume cilok.. haha.. xpe, kredit tu dah cukup kot.. hopefully :D
Pepape hal pun, yang penting enjoy dan x buat main2 bila buat keje. Kalau buat main2, baik xyah buat, buang mase je kot.

Dah, wassalam.

related : BersamaWachacha

LDOE by Wachacha

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment